Kisah yang tiada penghujungnya CINTA ABADI Jarak cinta aku padanya bukan penghalang untuk kami bersatu pada akhirnya. Kadang pahit dirasa, pahit lagu untuk ditelan. Namun, hati tekad mengatakan cinta akan bersemi jua pada akhirnya. Seperti kisah Ali dan Fatimah hanya doa sebagai pengubat rindu pada pasangan tanda syukur diberi kesempatan oleh sang pemberi cinta agar memberi cinta halal untuk tatapan hati dan mata serta lebih subur, mekar sampai syurga. Alif sedar akan kekurangan diri, tidak terlalu berharap hanya segenap usaha sendiri, kerana yang memberi penyatuan dua jiwa bukan diri melainkan Tuhan segala pemilik hati mutlak dan cinta hakiki. Hanya doa mampu disampaikan. Alif yang tidak pandai berkata 'manis dibibir' untuk memaut hati Zinnirah. Kerana cinta bagi Zinnirah bukan kerana harta, romantik yang kebiasaan idaman yang lain. Namun baginya pergaulan dan agama yang utama menjadi pemikat dan menenangkan jiwa. Dirinya percaya setiap insan yang menjaga agamanya pasti mani...